Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil: MB | Scoop

Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil: MB

Wan Badariah Wan Saad masih terlampau letih selepas ditidurkan di ICU Hospital Tuanku Fauziah akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada 15 Mei lalu

6:29 PM MYT

 

KANGAR – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mata Ayer dari PAS itu bagaimanapun masih dalam keletihan.

“Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Shukri berkata, pada masa ini portfolio Wan Badariah digalas dua Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan.

Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dipetik sebagai berkata, Adun berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related