Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sijil cuti sakit Hospital Tangkak hilang, laporan polis sudah dibuat | Scoop

Sijil cuti sakit Hospital Tangkak hilang, laporan polis sudah dibuat

Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengambil tindakan penambahbaikan segera agar insiden sama tidak berulang

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan penambahbaikan segera agar insiden kehilangan sijil cuti sakit seperti yang berlaku di Hospital Tangkak baru-baru ini tidak akan berulang.

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, laporan polis sudah dibuat bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil cuti sakit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“JKNJ mengambil maklum berkaitan isu tular di laman media sosial dan akhbar berhubung kehilangan sijil cuti sakit Hospital Tangkak.

“JKNJ mengesahkan kehilangan satu helai Sijil Cuti Sakit dengan nombor siri HTGKF 896400 di Hospital Tangkak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan Hospital Tangkak sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden itu.

Katanya, tindakan susulan selepas kehilangan telah dilaksanakan mengikut tatacara seperti mana termaktub dalam arahan perbendaharaan.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada jabatan ini sekiranya menerima sijil cuti sakit dengan nombor siri yang tertera,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, satu notis pemakluman dikeluarkan Pengarah Hospital Tangkak berhubung kehilangan sijil cuti sakit milik hospital berkenaan.

Notis pemakluman yang dimuat naik di Facebook Hospital Tangkak ‘Official’ itu kemudian dikongsi dan menjadi tular.

Turut dimaklumkan, sijil cuti sakit dengan nombor siri terbabit tidak sah diguna pakai. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related