Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Patut dia tanya bolehkah wanita jadi PM…’, Puad perli soalan provokasi Siti Kasim | Scoop

‘Patut dia tanya bolehkah wanita jadi PM…’, Puad perli soalan provokasi Siti Kasim

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, pertanyaan ‘bolehkah bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’ yang diajukan peguam dan aktivis itu pada Kongres Bersih hari ini, jelas soalan provokasi untuk mewujudkan ‘situasi panas’

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertanyaan ‘bolehkah bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’ diajukan peguam dan aktivis, Siti Kasim pada Kongres Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, jelas soalan provokasi untuk mewujudkan ‘situasi panas’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, sepatutnya Siti mengemukakan soalan lebih penting, seperti ‘kenapa Bersih memperjuangkan isu selektif.

Menurutnya, Siti boleh sahaja bertanyakan mengapa ramai tokoh Bersih dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan apa reformasi mereka lakukan?

“Siti Kasim tanya Presiden ABIM, bolehkah bukan Melayu jadi PM. Siti Kasim seorang Peguam. Jelas itu soalan provokasi untuk bikin panas. Sepatutnya ada soalan lain lebih penting ditanya di kongres itu,” katanya menerusi kenyataan.

Puad memuji jawapan diberikan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang juga aktiviti kemanusiaan berhubung soalan diberikan Siti.

“Jawapan Presiden Abim amat baik sekali. Fahmi jawab memang boleh.

“Fahmi juga mengingatkan Perkara 40(2a) dan 43(2a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 40(2a) menyatakan Agong boleh guna budi bicaranya untuk melantik seorang Perdana Menteri,” katanya.

Malah, Puad secara sinis menyindir Siti bahawa soalan lebih afdal disoalnya pada kongres itu sepatutnya adalah ‘bolehkah wanita menjadi Perdana Menteri?’

Ujarnya, sekiranya Siti bertanyakan soalan itu, sudah tentu jawapannya boleh, selagi wanita berkenaan bukan dirinya.

“Dan soalan paling afdal ditanya Siti Kasim ialah bolehkah Wanita jadi PM? Tentunya boleh.

“Asalkan bukan wanita macam Siti Kasim. Punah ranah negara,” katanya.

Ketika sesi dialog Pelaksanaan Reformasi dalam Fasa Pendemokrasian Negara pada acara itu, Siti dilapor meminta pendirian Abim berhubung sekiranya Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu.

“Jika bukan Islam menjadi Perdana Menteri di negara ini, apakah pendirian Abim,” soal Siti.

Ahmad Fahmi yang menjadi seorang daripada panelis dialog itu dengan tenang berkata ia berlandaskan Perlembagaan.

Katanya, selagi proses pelantikan berkenaan berpandukan Perlembagaan Persekutuan, beliau berpendapat sesiapa sahaja boleh dilantik memegang jawapan nombor satu kerajaan itu. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related