Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
[KEMAS KINI] Seorang maut, 30 lagi cedera selepas pesawat Singapore Airlines mendarat cemas di Bangkok | Scoop

[KEMAS KINI] Seorang maut, 30 lagi cedera selepas pesawat Singapore Airlines mendarat cemas di Bangkok

Singapore Airlines bagaimanapun belum mengesahkan sama ada mangsa yang terkorban adalah penumpang atau kru dan kerakyatannya

7:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas pesawat Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami pergolakan udara (turbulence) memaksa pendaratan kecemasan di Thailand.

Menurut kenyataan oleh Singapore Airlines di Facebook, the Boeing 777-330ER terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada 3.45 petang waktu tempatan.

Kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal.

“Pesawat Singapore Airlines SQ321, dari London (Heathrow) ke Singapura pada 20 Mei mengalami pergolakan udara semasa dalam perjalanan.

“Pesawat itu dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 1545 waktu tempatan pada 21 Mei 2024.

“Kami boleh mengesahkan terdapat kecederaan dan satu kematian di atas Boeing 777-300ER,” kata kenyataan itu.

Singapore Airlines bagaimanapun belum mengesahkan sama ada mangsa yang terkorban adalah penumpang atau kru dan kerakyatannya.

Berdasarkan data dari FlightRadar24, pesawat SQ312 mula mengurangkan ketinggian 35km dari pantai Asin, Myanmar. – 21 Mei, 2024

Nota Editor – Ralat

Terdahulu, Scoop melaporkan dua penumpang maut, berdasarkan sebuah laporan daripada sumber hospital di Thailand.

Hanya seorang penumpang disahkan maut dalam penerbangan Singapore Airlines SQ 321 dari Heathrow, iaitu seorang lelaki asal England berusia 73 tahun.

Topics

 

Hangat

Related