Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM terkesan dengan kematian Raisi, seorang pejuang bela warga Palestin | Scoop

PM terkesan dengan kematian Raisi, seorang pejuang bela warga Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim selesa berjasama dengan Presiden Iran itu dan menganggap kehilangannya meninggalkan kesan amat mendalam

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat terhempas melibatkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan delegasi kepemimpinan Iran, termasuk Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian.

Menurut Anwar, beliau sempat bertemu almarhum Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutama dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat.

“Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutama dalam perjuangan membela warga Palestin,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amir Abdollahian maut selepas bangkai helikopter dinaiki mereka ditemui terbakar sepenuhnya.

Ketika kejadian, Raisi sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan.

Selain Raisi dan Abdollahian, turut berada dalam helikopter tersebut ialah Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati dan Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia berduka atas tragedi ini dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.

“Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya,’’ katanya. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related