Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Apa Bersatu akan buat jika 7 wakil rakyatnya enggan jawab surat? tanya penganalisis | Scoop

Apa Bersatu akan buat jika 7 wakil rakyatnya enggan jawab surat? tanya penganalisis

Bersatu dilihat tidak memiliki kuasa untuk menyingkirkan tujuh wakil rakyat yang menyokong Perdana Menteri

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu tidak mempunyai kuasa dalam perlembagaan mereka untuk memaksa tujuh wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengosongkan kerusi.

Bercakap kepada Scoop, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, surat arahan kepada wakil rakyat terbabit sebenarnya meletakkan Bersatu dalam keadaan serba salah.

Ini kerana, katanya wakil rakyat itu tidak akan menjawab surat terbabit dan akan ingkar arahan tambahan seperti diminta pimpinan tertinggi parti.

“Seperti mana kata Yang Berhormat Bukit Gantang, surat itu tidak membawa apa-apa makna kerana tujuh wakil rakyat itu tidak keluar parti dan dalam akta lompat parti hanya wakil rakyat yang mengambil keputusan untuk keluar parti akan tergugur secara automatik status sebagai wakil rakyat.

“Tapi jikalau wakil rakyat itu dibuang daripada parti, tidak semestinya tergugur secara automatik status sebagai wakil rakyat kerana akta lompat parti tidak menyebut perkara ini.

“..dan kalaulah Bersatu mengambil keputusan membuang keahlian tujuh wakil rakyat ini, maksudnya parti itu kehilangan tujuh kerusi kerana mereka boleh menjadi wakil rakyat Bebas.

“Jadi dalam hal ini Bersatu sebagai sebuah parti tidak mempunyai kuasa untuk memaksa Speaker Dewan Rakyat mengisytiharkan kerusi itu kosong ataupun memaksa wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi mereka,” katanya.

Profesor Madya Azmi Hassan berkata, Bersatu sebenarnya berada dalam keadaan serba salah kerana mereka tidak mempunyai kuasa dalam perlembagaan untuk memaksa tujuh wakil rakyatnya mengosongkan kerusi. – Bernama, 20 Mei, 2024

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah menghantar surat mengandungi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menghantar surat mengandungi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri. – Gambar Scoop, 20 Mei, 2024

Sementara itu penganalisis politik, Profesor Madya Mazlan Ali berkata, situasi dihadapi Bersatu agak kabur dan penuh ketidakpastian yang memungkinkan mereka kehilangan tujuh kerusi terbabit.

Beliau berkata, pindaan perlembagaan Perkara 49A (akta antilompat parti) ada kelompongan, disebabkan itu Umno meletakkan akujanji menuntut ahlinya membayar RM100 juta jika menukar sokongan.

“PAS bersumpah bai’ah, Amanah dan DAP pinda perlembagaan ikut akta anti lompat parti itu.

“Belum ada kes-kes duluan yang menunjukkan ada Ahli Parlimen yang menukar sokongan seperti yang berlaku dalam Bersatu ketika ini.

“Pindaan perlembagaan Bersatu dibuat tujuh wakil rakyat tukar sokongan, jadi ada isu rektrospektif di situ,” katanya.

Profesor Madya Mazlan Ali percaya, situasi Bersatu ketika ini agak kabur dan penuh ketidakpastian yang memungkinkan mereka kehilangan tujuh kerusi terbabit. – Gambar Bernama, 20 Mei, 2024

Beliau berkata, surat yang diberikan juga tidak memberi erti jika wakil rakyat terbabit ingkar dan enggan membalasnya.

“Apa tindakan Bersatu boleh buat? Adakah akan pecat mereka? Jika pecat boleh menyebabkan Ahli Parlimen hilang kedudukan mereka? Setakat difahami, jika mereka dipecat dari parti, tidak terjejas mengikut akta lompat parti itu.

“Mohon Speaker isytihar kosong? Itu satu isu juga kerana adakah Speaker (badan legisletif) akan isytihar kekosongan seperti dipohon?” katanya.

Beliau menjangkakan kes itu akan berlarutan untuk tempoh panjang sekiranya Bersatu membawa kes berkenaan untuk semakan kehakiman. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related