Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas CEO badan berkanun pula ditahan seleweng dana RM1.2 bilion | Scoop

Bekas CEO badan berkanun pula ditahan seleweng dana RM1.2 bilion

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2021

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah agensi badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana peruntukan pinjaman dari Kementerian Kewangan (MoF) bagi projek pembangunan di sekitar ibu negara bernilai RM 1.2 bilion.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 60-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok terhadapnya dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2021.

“Dia disyaki menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan,” katanya.

Semalam, SPRM menahan reman dua pegawai kanan sebuah agensi badan berkanun bagi kesalahan sama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan , Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related