Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
5 cedera parah nahas babitkan 3 kenderaan, sebuah motosikal | Scoop

5 cedera parah nahas babitkan 3 kenderaan, sebuah motosikal

Seramai 10 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.35 malam

10:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Georgetown, Pulau Pinang, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.35 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, tiga mangsa disahkan mengalami kecederaan parah manakala dua lagi cedera ringan dan seorang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seorang wanita berusia 40-an dari kereta Perodua Bezza tersepit dan mengalami kecederaan parah. Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan pada jam 12.04 tengan malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fairol Mahazi berkata, mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, kerja pembersihan tumpahan minyak turut dilakukan dengan menggunakan pancutan salur bantu mula dan operasi tamat pada jam 12.22 tengah malam.

Kemalangan terbabit turut tular di media sosial menerusi video yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam).

Video berkenaan memaparkan sebuah kereta dari arah Georgetown terbabas memasuki laluan bertentangan dari arah Bayan Lepas sebelum berlaku pelanggaran dengan kenderaan lain. – 15 Mei, 2023

Topics

 

Hangat

Related