Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 remaja perempuan hilang sejak Jumaat, kali terakhir tumpang Viva guna nombor plat palsu | Scoop

3 remaja perempuan hilang sejak Jumaat, kali terakhir tumpang Viva guna nombor plat palsu

Ketiga–tiganya keluar pada 10 Mei lalu, kira-kira jam 7.30 pagi dengan alasan mahu mengikuti latihan silat di sekolah

4:05 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Tiga remaja perempuan berusia antara 12 dan 15 tahun dilaporkan hilang sejak lima hari lalu selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran, Ranau, Sabah, untuk mengikuti latihan silat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

Ketua Polis Ranau, Simiun Lomudin ketika dihubungi Scoop berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja terbabit iaitu Valensia Mail, 15, Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 12, daripada salah seorang anggota keluarga mereka, pada jam 8.48 malam tadi.

“Mereka merupakan kawan baik dan tinggal berjiran di kawasan yang sama.

“Ketiga–tiganya keluar pada 10 Mei lalu, kira-kira jam 7.30 pagi dengan alasan mahu mengikuti latihan silat,’’ katanya kepada Scoop ketika dihubungi hari ini.

Simiun memberitahu, siasatan mendapati kali terakhir ketiga-tiga remaja itu dilihat orang awam ialah kira-kira jam 8.30 pagi di Pekan Ranau semalam ketika mereka turun dari sebuah bas mini berwarna putih sebelum menaiki kereta yang dipandu seorang lelaki.

“Ketiga-tiga pelajar itu kemudiannya dijemput oleh seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai menggunakan nombor plat palsu,” katanya.

Sehingga kini, ujarnya, mereka masih belum pulang ke rumah.

“Susulan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian segera menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ranau di talian 088-875222 atau menghubungi talian balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Roxanne, Miccarina Fablina Satir menerusi media sosialnya berkata kali terakhir remaja itu pulang adalah pada Jumaat lalu.

“Mohon jasa baik siapa-siapa ada nampak anak buah saya, Roxanne Abbygail Richard, kali terakhir nampak di Pekan Ranau. Kali terakhir balik Jumaat minggu lalu,’’ katanya. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related