Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki maut diserang gajah liar di Gua Musang | Scoop

Lelaki maut diserang gajah liar di Gua Musang

Mangsa, seorang lelaki warga Bangladesh bersama rakan sekerjanya telah terserempak dengan haiwan terbabit ketika dalam perjalanan pulang dari ladang

1:37 PM MYT

 

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Bangladesh maut diserang seekor gajah liar di dalam ladang Kampung Om, Pos Blau di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Md Nawsher Ali, 29, yang juga pekerja ladang ditemukan maut dalam keadaan perut terburai. 

“Kira-kira pukul 5 petang mangsa bersama rakan sekerjanya telah terserempak dengan haiwan terbabit ketika dalam perjalanan pulang dari ladang.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat melarikan diri sebelum diserang haiwan itu dan terdapat kesan tapak kaki gajah berhampiran lokasi mangsa ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan terhadap mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pihak polis mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related