Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki diserang buaya ketika menangkap ikan | Scoop

Lelaki diserang buaya ketika menangkap ikan

Operasi SAR tidak dapat dijalankan malam tadi disebabkan keadaan sudah gelap dan malam

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan bersama empat rakannya di tebing Sungai Semeruang, Bangkong Asal, Sarawak, semalam.

Jurucakap Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya dimulakan 8 pagi ini.

Ini kerana, katanya, SAR tidak dapat dijalankan malam tadi disebabkan keadaan sudah gelap dan malam.

“Mangsa dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold, 32, dan dipercayai disambar buaya sekitar jam 5 petang semalam.

“Ketika itu, mangsa bersama tiga rakannya sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di tebing sungai itu,’’ katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, lokasi kejadian difahamkan mengambil masa 40 minit perjalanan dari dari rumah panjang mangsa. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related