Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang hempap 5 kereta | Scoop

Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang hempap 5 kereta

Kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu menyebabkan dahan patah dan daun-daun bertaburan di atas jalan, namun tiada kecederaan dilaporkan

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua batang pokok besar dipercayai berusia puluhan tahun, menghempap lima buah kereta yang diletakkan di hadapan Island Hospital di Jalan Macalister, Pulau Pinang, susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu menyebabkan dahan patah dan daun-daun bertaburan di atas jalan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Nazril Hisyam Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.01 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota.

“Setibanya di lokasi kita mendapati dua batang pokok bersaiz empat pemeluk dewasa tumbang merentasi jalan dan menghalang laluan kenderaan serta menghempap lima jenis kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerja-kerja pemotongan terpaksa dikendalikan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada kenderaan, namun tiada kecederaan dilaporkan. – Gambar media sosial, 11 Mei, 2024

Beliau memberitahu, kerja-kerja pemotongan terpaksa dikendalikan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk ke atas kenderaan terbabit.

“Anggota Bomba dengan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) lengkap menggunakan gergaji berantai untuk memotong pokok yang tumbang.

“Operasi dijalankan dengan bantuan Anggota Pertahanan Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP), CERT dan orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pemilik kenderaan terbabit berkata, dia sedang memandu kereta apabila tiba-tiba melihat sebatang pokok sedang tumbang.

“Saya sempat menghentikan kereta tapi bahagian depan kereta mengalami kerosakan akibat terkena dahan pokok,’’ katanya.

Tambahnya ketika itu dia bersama anaknya namun nasib baik mereka tidak mengalami kecederaan. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related