Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat kes dinding pagar masjid diconteng perkataan kesat | Scoop

Polis siasat kes dinding pagar masjid diconteng perkataan kesat

Perbuatan melampaui batas yang menyentuh sensitiviti agama Islam itu berlaku di tengah-tengah hari pengundian bagi PRK Kuala Kubu Baharu

3:14 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dinding pagar sebuah masjid di Ampang Pecah di sini, diconteng perkataan kesat menggunakan semburan cat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kes terbabit bagaimanapun masih dalam siasatan polis.

“Buat masa ini belum ada kenyataan, namun saya boleh sahkan laporan sudah diterima dan kes dalam siasatan.

“Ini sahaja maklum balas boleh diberikan setakat ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dinding pagar masjid itu yang diconteng perkataan kesat menghina agama.

Pengguna media sosial menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan boleh mencetus provokasi, selain menyentuh sensitiviti agama.

Hari ini berlangsung pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related