Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keputusan SPM: ‘Rujuklah kalendar, cikgu sudah beli tiket untuk sambut Hari Kaamatan dan Gawai’ | Scoop

Keputusan SPM: ‘Rujuklah kalendar, cikgu sudah beli tiket untuk sambut Hari Kaamatan dan Gawai’

Ramai yang meminta keputusan diumumkan 23 Mei, bukan 27 Mei dan tidak kurang pula ada yang saran supaya SPM diumum melalui online sahaja

11:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banyak pihak terus mendesak supaya pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan lebih awal, bukan 27 Mei memandangkan ada warga pendidik yang sudah membeli tiket untuk pulang menyambut Hari Kaamatan dan Pesta Gawai, pada 31 Mei ini.

Apatah lagi cuti persekolahan bermula 25 Mei, justeru ramai yang sudah membuat perancangan awal.

Ketidakpuasan mereka disuarakan menerusi media sosial dan menyifatkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengambil berat kebajikan warga pendidik.

Antaranya Jenifer Lawrence yang meluahkan kekecewaan namun terpaksa pasrah dengan keadaan berkenaan.

“Pengumuman SPM 2023 pada 27/5/24 sangat tidak wajar mencerminkan pegawai tertinggi KPM tidak cakna dengan kebajikan warga pendidik khususnya mereka yang berkemungkinan sudah balik kampung sambut Keamatan dan Gawai di Sabah serta Sarawak.

‘Begitu juga dengan ibu bapa dan anak murid yang berkemungkinan sudah bercuti pada masa itu. Takkan tak buat beberapa hari lebih awal. Pasrah,’’ demikian luahan kecewa Jenifer Lawrence.

Sementara seorang usahawan, Rajaei Ali pula berkata ada beberapa orang rakannya yang juga warga pendidik sudah membeli tiket kapal terbang untuk balik kampung.

“Keluar result pulak waktu cuti sekolah. Siapalah nak handle penyerahan result ni ye. Pegawai KPM mana lah yang buat keputusan untuk keluarkan result waktu ni ye,’’ katanya.

Louisiana YS pula berkata KPM sepatutnya merujuk kalender takwin sebelum membuat sebarang keputusan.

“Rujuklah takwin…Sabah sambut Kaamatan, Sarawak sambut Gawai. Tu semua cuti balik kampung dah. Belum lagi dikira tiket yang dibeli berbulan awal untuk balik sambut perayaan,’’ katanya.

Manakala Acik Zaza pula berkata kementerian sepatutnya mengambil berat isu berkenaan kerana pengumuman dibuat ketika musim cuti sekolah.

“Kesian cikgu-cikgu. Waktu sekolah, kerja, waktu cuti pun terpaksa juga kerja. Moga pihak kementerian mengambil cakna berhubung isu ini,’’ katanya.

Isu mengenai keputusan SPM 2023 kini hangat dibahaskan di media sosial apabila ramai golongan pendidik meminta supaya tarikh pengumuman keputusan itu iaitu pada 27 Mei ini dipercepatkan kepada 23 Mei.

Malah rayuan turut dibuat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menukar tarikh berkenaan.

Sementara pensyarah kanan pusat kajian kepelbagaian pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkaya, seeloknya calon dimaklumkan keputusan mereka menerusi dalam talian.

“Calon masukkan no IC (kad pengenalan), keluar paparan slip keputusan masing-masing,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan SPM 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini melibatkan seramai 395,870 calon. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related