Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Terserah MCA mahu bergerak solo, tapi PN terbuka terima mereka: Muhyiddin | Scoop

Terserah MCA mahu bergerak solo, tapi PN terbuka terima mereka: Muhyiddin

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti itu tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16 jika Umno berdegil untuk tetap bersama DAP

10:15 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada MCA sekiranya mahu bergerak solo atau berbincang dengan mana-mana pihak termasuk gabungan itu selepas kecewa ‘terpinggir’ sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungannya sentiasa terbuka untuk menerima parti berkenaan selain akan meneliti sekiranya benar situasi tersebut berlaku kepada MCA.

“Saya mengikuti kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong (Presiden MCA), dia kena meneliti situasi yang berlaku kepada BN. Pastinya apa yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan pada MCA begitu juga MIC sebagai rakan (komponen).

“Malah mereka sudah diketepikan, dah dinafikan peluang untuk bertanding. Macam-macam perkara dibuat oleh Umno, menyebabkan MCA dan MIC secara umumnya telah disisihkan.

“Saya fikir wajar, saya bersetuju (MCA pertimbang keluar BN) itu untuk menunjukkan mereka ada maruah, kenapa mesti berpandu kepada BN,” katanya kepada media selepas Ceramah Umum bersama Masyarakat India di Bandar Utama, Bandar Kali di sini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, MCA boleh sama ada keluar untuk menyatakan bertanding solo dan melihat sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Atau kalau mereka bercadang nak bekerjasama dengan mana-mana pihak terserah, mereka boleh bincang dengan sesiapa termasuk Gerakan atau PN.

“Kita sentiasa terbuka dan kita akan teliti kalau betul keadaan itu berlaku. Apapun itu keputusan MCA, jadi kita terima apa yang dinyatakan Presiden MCA,” katanya.

Terdahulu, Ka Siong berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta supaya tidak membuat keputusan bersendirian mengenai rakan kerjasama gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, jika Umno berdegil untuk tetap bersama DAP pada PRU16, partinya tidak akan teragak-agak bergerak solo.

Ka Siong turut mengingatkan Zahid bahawa BN masih ada MCA dan MIC, maka sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related