Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang Tagal masih dirawat di IJN | Scoop

Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang Tagal masih dirawat di IJN

Pihak Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau

6:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini.

Perkara itu disahkan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mutang telah menerima rawatan di IJN setibanya di tanah air semalam dari lawatan kerja ke Azerbaijan.

“Pihak Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau dan sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

“Keluarga beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuknya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini,” katanya.

Baru-baru ini Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri ‘6th World Forum on Intercultural Dialogue’ berlangsung pada 1 sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Milli Majlis Azerbaijan serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di sana. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related