Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Jika ditakdirkan PH menang’ tanda moral, semangat PN sudah runtuh: Fahmi | Scoop

‘Jika ditakdirkan PH menang’ tanda moral, semangat PN sudah runtuh: Fahmi

Ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan PN sedia mengaku kalah pada PRK KKB, Sabtu ini

11:46 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) disifatkan sudah runtuh susulan ungkapan ‘jika ditakdirkan Pakatan Harapan (PH) menang’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang dibuat Ketua Whip gabungan itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada pilihan raya terbabit, Sabtu ini.

“Jadi ayat itu membayangkan bahawa moral, semangat di pihak PN sudah runtuh.

“…dan seolah-olah mereka hampir sedia mengaku kalah,” katanya menerusi aplikasi TikTok hari ini.

Semalam, Takiyuddin memberi amaran bahawa PN akan memfailkan petisyen sekiranya PH memenangi PRK KKB.

Takiyuddin mendakwa memiliki banyak bukti secara video dan catatan mengenai penyaluran serta penyalahgunaan jentera kerajaan, dengan menyifatkannya sebagai rasuah pilihan raya.

“Kalau sekiranya ditakdirkan PH menang, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya. Sudah tentu, kita ada binding precedent (duluan penghakiman) dalam kes (kerusi Parlimen) Kuala Terengganu, Kemaman itu sendiri, kita akan menggunakan perkara itu,” katanya.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH Pang Sock Tao; Khairul Azhari Saut daripada PN; Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – 7 Mei, 2024.

Topics

 

Hangat

Related