Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PN tak pernah bincang Bersatu akan pimpin Perlis, itu pandangan peribadi Abu Bakar: Azmin | Scoop

PN tak pernah bincang Bersatu akan pimpin Perlis, itu pandangan peribadi Abu Bakar: Azmin

Abu Bakar Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata Bersatu Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu sekiranya wakil parti berkenaan diminta berbuat demikian

8:17 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah membincangkan mengenai perubahan dalam jawatan Menteri Besar di Perlis.

Justeru, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah bahawa Bersatu bersedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu adalah pandangan peribadi.

“Jadi saya tidak mahu komen pandangan individu kerana prinsip yang kita pegang ia mesti dibawa dalam (mesyuarat) Perikatan Nasional di peringkat negeri.

“Memang tidak ada dibincangkan, tak ada sebab, (malah) tak timbul soal perubahan kerajaan negeri di Perlis,” katanya kepada media selepas Ceramah Kelompok di Taman Ampang Pechah, dekat sini malam tadi.

Abu Bakar Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata Bersatu Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu sekiranya wakil parti berkenaan diminta berbuat demikian.

Ia susulan krisis integriti yang melanda kepimpinan negeri itu kebelakangan ini. Menteri Besar Perlis adalah Mohd Shukri Ramli yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Menurut Abu Bakar, pihaknya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, namun sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan keputusan pimpinan tertinggi PN Pusat.

Pada 30 April lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemimpin itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Menurut beliau, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar itu mengenai salah guna kuasa.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PN Kuala Kubu Baharu berkata, kekuatan PN adalah semua perkara dibincangkan dan dimuafakati atas prinsip kebersamaan.

“Sebab dalam Perikatan Nasional tak ada amalan Big Brother (Abang Besar), semua parti adalah sama dan punya hak untuk berbincang.

“Termasuk sebagai contoh calon di Kuala Kubu Baharu, betul, di sini pernah ditandingi calon PN daripada Gerakan, tetapi berdasarkan sentimen, kajian selidik dan tinjauan di lapangan, semua parti bersetuju bahawa saudara Khairul Azhari Saut adalah calon terbaik. (Jadi) itu adalah PN, bukan soal pandangan individu,” katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related