Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat masalah teknikal | Scoop

MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat masalah teknikal

Gangguan itu menyebabkan tren dari Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Muzium Negara

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang mengalami kelewatan kerana sebuah tren mengalami masalah teknikal di Stesen Pasar Seni.

MyRapid menerusi satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tren alternatif hanya di platform 2.

Gangguan itu menyebabkan tren dari Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Muzium Negara.

“Tren perantara akan disediakan antara Muzium Negara ke Cochrane,” katanya.

Sementara itu, katanya, tren dari Kajang pula akan berpatah balik di Cochrane.

“Untuk bantuan, penumpang boleh merujuk pegawai stesen atau polis bantuan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Seorang pengguna memberitahu Scoop bahawa dia menaiki laluan MRT Kajang dari Kwasa Sentral pada jam 9.30 pagi, dan tren tiba-tiba berhenti pada jam 9.45 pagi.

Katanya, walaupun tren bergerak ketika ini, ia mengambil masa lebih lama untuk berhenti di setiap stesen. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related