Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tayar jentolak tiba-tiba meletup, seorang maut, rakan parah | Scoop

Tayar jentolak tiba-tiba meletup, seorang maut, rakan parah

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan SDR dibuka berkait kes ini

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah apabila tayar sebuah jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh meletup, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor mengesahkan insiden membabitkan dua pekerja di pusat servis tayar itu selepas tular audio dan gambar menunjukkan dua mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah baru-baru ini.

“Kita mengesahkan kejadian terbabit pada 30 April lalu (Selasa) kira-kira jam 12.40 tengah hari di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian dipercayai berlaku ketika dua lelaki tempatan yang juga pekerja di pusat servis tersebut sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak sebelum ia tiba-tiba meletup serta terkena mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan SDR dibuka berkait kes ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related