Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf lapangan terbang antarabangsa: PM | Scoop

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf lapangan terbang antarabangsa: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook untuk menyegerakan pembinaan LTSIP

8:00 AM MYT

 

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

“Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud ucap terima kasih tapi beliau minta tambah lagi landasan sepanjang 400 meter untuk menjadikan Kelantan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan tersebut dan kita akan laksanakan secepat mungkin supaya jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Petang tadi, Anwar sempat meluangkan masa hampir 30 minit untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di terminal baharu LTSIP fasa satu yang mula beroperasi semalam.

Pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP itu melibatkan kos RM440 juta. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related