Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MB Perlis tidak direman, dibenar pulang | Scoop

MB Perlis tidak direman, dibenar pulang

Dalam pada itu, Mohd Shukri dalam Facebook berkata, beliau akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “MB (Menteri Besar) tidak direman, telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan”.

Demikian tulis pentadbir (admin) Facebook Mohd Shukri Ramli susulan kenyataan awal Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai keberadaan Menteri Besar Perlis itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Terdahulu Azam berkata, Menteri Besar Perlis itu dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri dalam Facebook berkata, beliau akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Insya-Allah. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa-doa yang baik ini juga berbalik kepada anda,” katanya.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Menurut Azam, Mohd Shukri ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar itu mengenai salah guna kuasa.

SPRM sebelum ini menahan reman anak lelaki kepada Mohd Shukri berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Namun anak lelakinya itu dibebaskan dengan jaminan SPRM. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related