Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gunung berapi Ruang meletus lagi, tahap amaran tertinggi dikeluarkan | Scoop

Gunung berapi Ruang meletus lagi, tahap amaran tertinggi dikeluarkan

Pihak berkenaan menerusi laman webnya turut menggesa penduduk agar tidak mendekati gunung berapi tersebut buat masa ini

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gunung berapi Ruang di Indonesia meletus lagi hari ini, mengalirkan abu dan lahar, selepas letusan pada awal bulan ini, menyebabkan ratusan penduduk berpindah termasuk penutupan lapangan terbang.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi berikutan letusan itu.

Pihak berkenaan menerusi laman webnya turut menggesa penduduk agar tidak mendekati gunung berapi tersebut buat masa ini.

Pulau Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara menempatkan lebih 800 penduduk, namun kebanyakannya dipindahkan susulan letusan gunung berapi itu pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, jumlah penduduk yang berpindah hari ini masih belum dapat dipastikan.

Rakaman video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan lava mengalir keluar daripada gunung berapi berkenaan, yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Manado.

Pihak berkuasa pengangkutan menutup lapangan terbang di ibu kota wilayah Manado, selepas berlakunya letusan pada awal bulan ini bertujuan melindungi daripada ‘hujan abu’ akibat letusan.

Pada masa sama, batu dan abu yang jatuh turut memusnahkan kebanyakan rumah penduduk sehingga memaksa hospital berdekatan turut dipindahkan.

Pihak berkuasa menurunkan status ke tahap tiga pada minggu lalu sebelum amaran dinaikkan semula ke tahap empat hari ini. – Agensi

Topics

 

Hangat

Related