Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara | Scoop

KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara

KPM berkata kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan di bawahnya dalam memastikan isu keciciran murid dapat ditangani di peringkat awal

9:24 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

KPM dalam kenyataan memaklumkan kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan di bawahnya dalam memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada peringkat awal.

Menurut KPM tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru dengan pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

“Terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPM memaklumkan Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.

Menurut kenyataan itu, perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related