Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Terima rasuah RM3.3 juta, 2 pegawai syarikat pembekalan air ditahan | Scoop

Terima rasuah RM3.3 juta, 2 pegawai syarikat pembekalan air ditahan

Kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air negeri itu atas kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.

Difahamkan siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar tahun 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.

Malah katanya, suspek juga terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related