Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini | Scoop

PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Pang Sock Tao manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Khairul Azhari Saut sementara Parti Sosialis Malaysia dan Muda memilih untuk tidak bertanding

8:38 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan dibuka pada jam 9 pagi ini namun suasana pusat berkenaan sudah dipenuhi penyokong calon bertanding.

Semangat merah menyala penyokong calon PH, Pang Sock Tao jelas kelihatan di pusat penamaan calon pagi ini. – Gambar Halim Salleh/ Scoop, 27 April, 2024

Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan calon dari DAP, Pang Sock Tao manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.

Para penyokong sudah mula membanjiri pusat penamaan calon seawal pagi bagi memberi semangat buat calon pilihan masing-masing. – Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

Sementara Parti Sosialis Malaysia dan Muda memilih untuk tidak bertanding kali ini. Pusat penamaan calon akan dibuka bermula jam 9 pagi dan ditutup sejam selepas itu.

Sepanduk unik gabungan seni kaligrafi dan roket antara tarikan menarik sepanjang proses penamaan calon pagi ini. – Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Gelagat menarik penyokong PN yang turut membawa ubi kayu sempat dirakam petugas media. – Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei. – 27 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related