Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
KKM kekal pinda Akta Perubatan 1971: Dzulkefly | Scoop

KKM kekal pinda Akta Perubatan 1971: Dzulkefly

Langkah tersebut penting bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program itu dengan jayanya mendaftar sebagai pakar di bawah akta berkenaan

8:48 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan pendirian meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan Program Parallel Pathway (PPP), meskipun berdepan tentangan segelintir pihak.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pendirian itu dipersetujui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui sesi libat urus sebelum ini.

Katanya, langkah tersebut penting bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program itu dengan jayanya, mendaftar sebagai pakar di bawah akta berkenaan.

“Siapa pun boleh bagi pandangan tapi akhirnya nanti apabila kita siap memorandum, kita akan bentang.

“Apa yang penting KKM dan KPT mempunyai pendirian sama.

“Kita kena laksanakan (pinda Akta 50) dan jalankan apa yang ditetapkan bersama dengan meletakkan rujukan Peguam Negara,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Kumpulan Profesor Kesihatan dan Perubatan, Profesor Dr Noor Hassim Ismail yang berpandangan tiada keperluan meminda Akta 50 bagi mengatasi jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan.

Noor Hassim berkata, pihaknya tidak jelas dengan merit bagi meminda Akta 50 untuk menampung pendaftaran doktor di bawah program Parallel Pathway itu. – 26 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related