Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS: Azam Baki | Scoop

SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS: Azam Baki

Siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan

3:09 PM MYT

 

GUA MUSANG — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ketika ini, siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan.

“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes ini masih aktif diteruskan.

“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, di sini, hari ini.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related