Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pak Lah dimasukkan ke IJN, alami ‘small spontaneous pneumothorax’ | Scoop

Pak Lah dimasukkan ke IJN, alami ‘small spontaneous pneumothorax’

Khairy berkata, Pak Lah berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di CCU IJN

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam kerana mengalami small spontaneous pneumothorax.

Perkara itu dinyatakan menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram.

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada.

Menurut Khairy, Abdullah atau Pak Lah berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.

Pada 2022, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan memberitahu, Pak Lah menderita penyakit demensia yang menyebabkan kesihatannya semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa, termasuk ahli keluarga terdekat.

Menurutnya, adalah sesuatu yang mencabar untuk ahli keluarga melihat situasi Pak Lah yang berdepan dengan kemerosotan dalam fungsi kognitifnya. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related