Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anak ditahan SPRM: MB Perlis akan perjelas di sidang DUN esok | Scoop

Anak ditahan SPRM: MB Perlis akan perjelas di sidang DUN esok

SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki Shukri berhubung siasatan kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000

5:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan menjelaskan mengenai penahanan anak lelakinya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok.

Beliau juga memaklumkan menyerahkan siasatan itu kepada SPRM.

“Dah maklum berita daripada SPRM dan saya serah pada budi bicara mereka,’’ katanya ringkas kepada media selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Terdahulu SPRM dilaporkan menahan reman enam orang termasuk anak lelaki Shukri berhubung siasatan kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala yang lain adalah kontraktor syarikat.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – 24 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related