Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bedah siasat jenazah nahas helikopter Lumut dijangka selesai tengahari esok | Scoop

Bedah siasat jenazah nahas helikopter Lumut dijangka selesai tengahari esok

HRPB memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prosedur bedah siasat 10 mangsa tragedi dua helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut telah bermula dan dijangka dapat diselesaikan lewat tengahari esok.

Timbalan Pengarah Perubatan (I) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB, Dr. Liaw Kok Toon yang menanggung tugas pengarah berkata, semua jenazah tiba di Jabatan Forensik pada jam 6 petang tadi.

Susulan itu beliau meminta semua pihak memberikan kerjasama bagi memastikan prosedur berkenaan berjalan lancar.

“HRPB dengan ini memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar oleh pihak Jabatan Forensik HRPB, selain menghormati privasi waris mangsa,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Nahas membabitkan perlanggaran dua helikopter yang terlibat dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 itu mengorbankan 10 orang.

Dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related