Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
DBKL sita tujuh pejaja warga asing tanpa lesen | Scoop

DBKL sita tujuh pejaja warga asing tanpa lesen

Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Parlimen Bukit Bintang itu dilaksanakan sekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang)

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kelengkapan tujuh penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sireh dan makanan tanpa lesen di sekitar ibu negara, semalam.

DBKL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, Jabatan Penguatkuasaannya melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Parlimen Bukit Bintang di sekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) di sini.

“DBKL membuat tujuh tindakan sita ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sireh serta makanan tanpa lesen dan kebenaran pihak berkuasa.

“DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun ke atas peniaga tempatan beroperasi tanpa lesen yang menjual aksesori dan penjualan makanan,” katanya.

Menurutnya, kesalahan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3 (UUK), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kawalan penguatkuasaan juga dijalankan bersama Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan DBKL sebagai pemerhati kepada penjaja haram.

“Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL dekat Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Tambahnya, pemerhatian itu dijalankan supaya kesemua aktiviti perniagaan Pasar Karat beroperasi sepenuhnya dilokasi baru berhampiran Pasar Lee Lam Thye di Lorong Bandar 21. – 22 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related