Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu DNB tidak telus akan diputuskan minggu depan: PM | Scoop

Isu DNB tidak telus akan diputuskan minggu depan: PM

Semalam DNB menafikan dakwaan tidak telus menjalankan operasi dalaman, serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya

4:44 PM MYT

 

SHAH ALAM – Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Berhad (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa memaklumkan butiran lanjut, beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangakan dalam satu mesyuarat kelak.

“DNB akan diputuskan minggu depan…akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Semalam, DNB dalam kenyataan dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.

Syarikat itu, menekankan bahawa proses tender dan perolehan pihaknya adalah mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

DNB menyatakan demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan mengelirukan yang dibuat oleh Channel News Asia (CNA) dalam sebuah artikel bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’, yang diterbitkan pada 19 April dan kemudiannya dilaporkan oleh beberapa media lain. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related