Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mangsa banjir di Sungai Buloh terima bantuan ‘one off’ RM1,500: Najwan | Scoop

Mangsa banjir di Sungai Buloh terima bantuan ‘one off’ RM1,500: Najwan

Bantuan wang tunai disumbangkan Nadma sebanyak RM1,000 dan peruntukan daripada kerajaan negeri pula RM500

8:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Selangor akan menghulurkan bantuan tunai ‘one off’ (sekali beri) sebanyak RM1,500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir pada Selasa lalu.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, RM1,000 disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala RM500 lagi daripada kerajaan negeri.

“Bantuan wang tunai disumbangkan Nadma sebanyak RM1,000 dan peruntukan daripada kerajaan negeri pula RM500.

“Bantuan akan disalur menerusi ketua keluarga dan bukan secara individu,” katanya.

Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS, bantuan wang ihsan yang diterima daripada kerajaan negeri adalah RM250 bagi setiap KIR.

Mohd Najwan Halimi berkata, kerajaan negeri akan menyelaraskan proses pemberian sumbangan berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. – Gambar Scoop, 21 April, 2024

“Pihak kerajaan negeri akan menyelaraskan proses pemberian sumbangan berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menguruskan PPS.

“Penghulu akan dapatkan pengesahan penduduk yang lampirkan laporan polis serta pembuktian alamat bagi membolehkan bantuan wang ihsan tu diserahkan,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan beberapa kawasan di Kampung Melayu Subang, Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Kubu Gajah dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat berterusan.

Beberapa laluan utama di kawasan terbabit terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related