Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah air panas | Scoop

Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah air panas

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

12:44 PM MYT

 

BALIK PULAU — Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata wanita berumur 39 tahun itu ditahan pukul 9.21 malam tadi di kawasan pangsapuri terbabit.

“Wanita itu tinggal di kawasan pangsapuri itu dan dia akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit termasuk punca insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan insiden itu berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumahnya di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi semalam.

Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, lelaki sindrom Down itu mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif sehingga melecur pada bahagian badan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Video insiden di dalam lif yang berdurasi 20 saat itu turut tular melalui media sosial dan warga siber mengecam tindakan wanita terbabit. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related