Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Beras rosak boleh dicuci untuk dijadikan makanan haiwan ternakan: Exco Terengganu | Scoop

Beras rosak boleh dicuci untuk dijadikan makanan haiwan ternakan: Exco Terengganu

Katanya, beras yang masuk bubuk sebenarnya bukan bermakna beras telah rosak dan tak selamat dimakan

10:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan membuang beras yang sudah rosak dan tidak selamat untuk dimakan di kawasan pembuangan sampah dekat Temerloh, Pahang amat merugikan kerana ia boleh dijadikan makanan haiwan ternakan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, beras tersebut sebenarnya boleh dicuci dan dibersihkan semula menggunakan mesin yang ada di kilang pembungkusan beras.

“Ketika majoriti rakyat sukar untuk mendapatkan bekalan beras, ada pihak yang boleh menyimpan stok beras sehingga rosak. Biasanya kerana lama tempoh masa ia disimpan.

“Adalah sangat merugikan apabila hasil titik peluh petani di sawah akhirnya dibuang begitu sahaja di tempat pembuangan sampah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, beras yang masuk bubuk sebenarnya bukan bermakna beras telah rosak dan tak selamat dimakan.

“Memang beras tempatan agak cepat masuk bubuk berbanding beras import kerana beras tempatan tak ada campuran bahan chemical (kimia). Tiada bahan chemical (kimia) menjadikan ia lebih baik dan selamat untuk dimakan.

“Bubuk juga cepat masuk jika beras disimpan di tempat lembap. Tolong jangan buang beras kalau tengok ada bubuk. Ia masih selamat dimakan selepas dicuci dan diproses semula,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan daripada itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said memohon maaf atas kekhilafan terbabit.

Beliau mendakwa kesemua bekalan terbabit adalah stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Dakwanya, barangan terbabit dibeli menggunakan peruntukan peribadi dan disimpan sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related