Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif | Scoop

Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif

Pihak polis telah mengenal pasti suspek yang disyaki tinggal di kejiranan sama namun punca kejadian belum diketahui

8:53 AM MYT

 

GEORGE TOWN – Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata insiden berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumah di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi.

“Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, mangsa mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif hingga melecur pada bahagian badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek yang disyaki tinggal di kejiranan sama namun punca kejadian belum diketahui kerana berdasarkan siasatan, mangsa tidak pernah bertegur sapa dengan wanita itu malah mereka juga tidak pernah berselisih faham.

Jafri berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, hanya suspek dan mangsa berada di dalam lif itu ketika kejadian.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related