Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra | Scoop

Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra

Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China

10:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China tidak lama lagi.

Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi tadi untuk membantu menampung kos perubatan dan perjalanan mereka ke China.

“Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla (Azzahra) selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, insya-Allah,” katanya. – 19 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related