Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peruntukan pembangkang: Terima kasih tapi PN akan teliti syarat draf MoU sebelum buat keputusan | Scoop

Peruntukan pembangkang: Terima kasih tapi PN akan teliti syarat draf MoU sebelum buat keputusan

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Kerajaan Perpaduan bersetuju mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan memaklumkan, PN akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam mesyuarat di Sri Perdana, Putrajaya, petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu.

Menurutnya, draf itu kemudian akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

“Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, tiga pemimpin PN iaitu Hamzah; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berjumpa dengan Fadillah di Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Susulan itu, pada 21 Mac lalu, Hamzah berkata, pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.
Hamzah yang mengesahkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata, pihaknya meneliti deraf itu serta syarat yang ada dalamnya. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related