Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang | Scoop

Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang

Draf MoU akan dirangka dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataannya hari ini.

Ia susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, untuk itu satu draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, pihaknya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen mengenai tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related