Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu maut, dipercayai tertembak pistol bapa | Scoop

Anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu maut, dipercayai tertembak pistol bapa

Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Taman Tabanak pada jam 12.42 tengah hari hari ini

11:46 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad, Dzulbaharin Ismail, yang berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai tertembak dengan senjata milik bapanya.

Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Taman Tabanak pada jam 12.42 tengah hari hari ini.

Kejadian ini dipercayai berlaku Dzulbaharin sedang bertugas di pejabatnya.

Balai Polis Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut kepada Scoop.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kakak mangsa yang dilaporkan berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

Razarudin juga berkata proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

Pada 1 April lalu, Dzulbaharin dilantik menjadi KPD Lahad Datu menggantikan Dr Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini menyandang jawatan itu sejak November 2020. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related