Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ini video 2019, ditularkan semula untuk segaja timbulkan rasa marah: Fahmi | Scoop

Ini video 2019, ditularkan semula untuk segaja timbulkan rasa marah: Fahmi

MCMC sudah diarahkan untuk mengesan pemilik aplikasi TikTok tersebut dan ambil tindakan

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @janggut.putih bukan isu baharu dan pernah ditularkan pada 2019.

Malah katanya, video tersebut sengaja ditularkan semula untuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Ini video dari 2019, recycled (digunakan semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Susulan itu, Fahmi berkata, beliau sudah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengesan pemilik aplikasi TikTok itu dan diambil tindakan sewajarnya.

@MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya.

Menerusi video berdurasi 1.49 minit dimuat naik pengguna TikTok @janggut.putih, seorang lelaki mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) memaksa ibu bapa dan pelajar sekolah untuk membuat kad debit UOB.

“Dia paksa ambil kad UOB yang kononnya cashless (tanpa tunai), sedangkan Touch N Go mempunyai perkhidmatan yang lagi cemerlang dan lagi mudah.

“Menyusahkan hidup semua orang dan sekarang ini terpaksa ambil kad bank UOB pula. Bank yang paling lousy (teruk) di Malaysia, nak cari branch (cawangan) pun susah.

“Takaful, unit trust dan macam macam lagi untuk mencekik darah kita,” katanya dalam nada berang.

Tindakan individu terbabit menyebarkan kembali video tersebut dikecam netizen dengan rata-rata bimbang ia hanya digunakan untuk propaganda politik murahan.

Malah ada netizen yang menggesa individu terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.
“Walaupun 2019 tapi sebab diungkit tahun 2024 fitnah yang dah tidur tapi diungkit untuk memberi persepsi negatif kepada kerajaan,” kata @AwatifWardina.

“Jangan kasi chance (peluang), kasi hentam habis,” kata @CarHarlock. – 16 April, 2024

@janggut.putih

♬ original sound – Zainuddin ALHAJ

Topics

 

Hangat

Related