Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Suspek kes tembakan di KLIA kelihatan tenang, sedia beri kerjasama kepada polis | Scoop

Suspek kes tembakan di KLIA kelihatan tenang, sedia beri kerjasama kepada polis

Terdahulu Hafizul yang berpakaian baju lokap tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad lalu kelihatan tenang ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

Malah, Hafizul Harawi, 38, turut memberi salam kepada media yang berkumpul di pekarangan mahkamah sejak awal pagi tadi sambil memaklumkan akan memberi kerjasama kepada polis.

“Saya akan memberi kerjasama kepada polis,” katanya.

Terdahulu Hafizul yang berpakaian baju lokap tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Selepas 36 jam melarikan diri, Hafizul ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Penahanan suspek disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, polis telah mengambil keterangan 11 saksi termasuk mangsa yang kena tembak dan terkena mercun, pengawal keselamatan serta doktor bagi membantu siasatan insiden tembakan itu.

Menurut beliau, beberapa lagi saksi akan dipanggil termasuk ahli keluarga suspek dan beberapa yang lain dalam masa terdekat.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related