Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agong titah punca kelewatan pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar diperjelas | Scoop

Agong titah punca kelewatan pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar diperjelas

Baginda bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, malah difahamkan pihak berkenaan sudah memohon lanjutan enam kali

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor menjelaskan punca kelewatan pembinaan kemudahan itu.

Baginda bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, namun sehingga kini masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali dimohon pihak berkenaan.

“Dan pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan. Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah baginda menerusi Facebook.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, papan tanda itu perlu dipasang semula di tapak projek pembinaan berkenaan.

Majlis pecah tanah kolam terbabit disempurnakan Sultan Ibrahim pada Mei 2018.

Kolam selam tempur itu adalah kemudahan amat diperlukan anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompitensi individu dan tim, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.

Fasiliti itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, ‘entry point’ bagi kemasukan melalui udara.

Malah, ia memiliki banyak kemudahan asas sokongan operasi. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related