Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Budak perempuan 8 tahun dilarikan kereta warna hitam ditemui selamat | Scoop

Budak perempuan 8 tahun dilarikan kereta warna hitam ditemui selamat

Bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada polis dan tindakan mengesan segera dijalankan

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan dilarikan suspek menaiki kereta berwarna hitam ketika bermain di hadapan sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor pada Hari Raya kedua, Khamis lalu ditemui selamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berusia lapan tahun itu dijumpai semula pada hari sama selepas hilang kira-kira satu jam 30 minit.

Menurut beliau, terdahulu pihaknya mengesan satu hantaran berhubung mangsa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam.

“Bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada polis dan tindakan mengesan segera dijalankan.

“Kanak-kanak itu kemudian ditemui pada hari sama dengan lokasi berhampiran rumah dalam keadaan selamat dan tanpa kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Ambia berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Susulan insiden itu, beliau menasihati orang ramai supaya mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah semasa musim perayaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related