Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sambutan Aidilfitri Madani platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat | Scoop

Sambutan Aidilfitri Madani platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat

Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri Madani adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah

8:28 AM MYT

 

MELAKA – Penganjuran sambutan Aidilfitri Madani di pelbagai peringkat peringkat khususnya di negeri-negeri mampu menjadi ‘penutup’ kepada semua isu berbangkit sejak kebelakangan ini dan melonjakkan semangat muhibbah dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini termasuk penganjuran Aidilfitri Madani di enam negeri yang akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan sahaja sebagai platform mendekatkan diri dengan rakyat tetapi peluang memperjelaskan isu berbangkit agar tiada maklumat salah yang diperoleh masyarakat seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang atau pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. 

Menurutnya enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri Madani adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala bagi acara penutup Program Madani Rakyat dan sambutan Aidilfitri dijadualkan di Pulau Pinang. 

“Kebiasaannya majlis rumah terbuka sempena Aidilftri berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya tetapi kali ini ada ada strategi yang berbeza kerana Anwar mahu meluangkan masa dengan turun ke negeri-negeri tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Madani di sini semalam.

Katanya kehadiran Perdana Menteri di negeri-negeri tersebut juga antara lainnya adalah untuk bertemu dan mendengar taklimat daripada ketua-ketua negeri dan berbincang berkaitan projek tertentu yang menjadi keutamaan dan memerlukan dukungan dari Kerajaan Persekutuan. 

“Kaedah ini lebih efektif dan kemas kerana Anwar mengamalkan sikap ingin mendengar terus dari masyarakat apakah isu berbangkit di setiap negeri kerana setiap negeri ada isu yang perlu diselesaikan atau isu tertangguh sekian lama dan perlu mendapatkan penyelesaian daripada Perdana Menteri,” katanya. 

Lebih 2,000 pengunjung pelbagai kaum dan pemimpin negeri dan parti politik memeriahkan majlis tersebut di kawasan rumah kedai  di Taman Bukit Piatu Mutiara di sini. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related