Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki warga Israel miliki senjata api tiba di mahkamah untuk pendakwaan | Scoop

Lelaki warga Israel miliki senjata api tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Shalom, yang ditahan pada 27 Mac lalu, tiba pada jam 8.15 pagi dan dikawal ketat oleh anggota polis

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen KL hari ini bagi menghadapi pertuduhan memiliki senjata pagi ini.

Shalom, yang ditahan pada 27 Mac lalu, tiba pada jam 8.15 pagi dan dikawal ketat oleh anggota polis.

Dia tiba di mahkamah dengan berpakaian baju t berwarna hitam dan memakai pelitup muka serta bergari.

Kehadirannya ke mahkamah menjadi tumpuan dengan petugas media sudah berkampung di situ sejak jam 7.30 pagi tadi.

Difahamkan pertuduhan ke atasnya akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Shalom, yang ditahan kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru, dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Enam senjata api yang ditemukan dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Susulan itu, polis menahan tiga warga Malaysia termasuk pasangan suami isteri disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Azim Mohd Yasin, 43, dan isterinya Syarifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah ketika didakwa di bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971 di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Sharifah Hascindie Syed Omar.

Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 12, di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin pukul 9 pagi. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related