Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Sabar separuh dari Sambal Nyet’ gelagat anak buah Khairul Aming cuit hati netizen | Scoop

‘Sabar separuh dari Sambal Nyet’ gelagat anak buah Khairul Aming cuit hati netizen

Anak-anak saudara minta duit raya RM100

9:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Telatah dan gelagat anak buah usahawan terkenal Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming mencuit hati ramai, ketika pempengaruh itu meluangkan masa bersama dengan mereka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam klip video yang dimuatnaik dalam Instagramnya, Khairul Aming sedang menyusun bahan-bahan masakan termasuk bawang serta serai untuk dikisar sambil bersembang dengan tiga anak saudaranya.

Ketika Khairul Aming meminta mereka menyambung ayatnya iaitu ‘sabar separuh dari…..’, salah seorang anak saudaranya menjawab ‘sabar separuh dari sambal Nyet’.

Ia mengundang gelak tawa daripada peminat Khairul Aming, dengan jawapan spontan itu.

“Sabar itu separuh daripada iman,’’ Khairul Aming kemudian membetulkan semula ayat berkenaan.

Ditanya berapa duit raya yang mereka inginkan, dengan pantas anak buahnya menjawab ‘nak RM100’.

“Demand budak-budak sekarang, duit raya nak seratus,’’ kata Khairul Aming dan perbualan itu turut diselang seli dengan loghat Kelantan.

Malah ketika ditanya oleh peminat Khairul Aming, sama ada anak buahnya itu mahukan beliau berkahwin, ada yang menjawab ya dan ada jugak yang enggan bapa saudara mereka itu berkahwin.

Netizen yang menonton video berkenaan ternyata memuji Khairul Aming yang rajin dan sabar melayan anak buahnya itu.

“Adik saya pun macam ni, rajin melayan anak buah,’’ kata mrzamr.

Malah kapsyen Khairul Aming sendiri ‘Sebab tu la aku single lagi. Nak layan 3 ketul (anak saudara) ni pun dah penat,’’ turut mengundang komen daripada netizen.

Baru-baru ini, Khairul Aming menarik perhatian netizen apabila berkongsi rakaman video meraikan kegembiraan pekerjanya menjelang sambutan Aidilfitri.

Menerusi video berdurasi satu minit 44 saat yang dikongsi di aplikasi X, Khairul Amin Kamarulzaman atau popular dengan panggilan Khairul Aming membawa kesemua 100 pekerjanya untuk membeli baju raya.

Khairul Aming dilihat membawa semua pekerjanya membeli barang dapur untuk persiapan menyambut 1 Syawal dengan keluarga masing-masing.

Pada 2 Februari lalu, produk Dendeng Nyet Berapi keluaran terbaharu Khairul Aming berjaya merekodkan jualan RM1.2 juta dalam masa tiga minit selepas ia dilancarkan menerusi akaun TikToknya.

Lebih 80,000 peket Dendeng Nyet Berapi habis dalam tempoh berkenaan, menyebabkan ramai yang kecewa kerana tidak sempat membuat pembelian menerusi dalam talian. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related