Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perkhidmatan dalam talian CIMB alami gangguan | Scoop

Perkhidmatan dalam talian CIMB alami gangguan

Masalah itu disahkan pengurusan bank berkenaan menerusi Platform X

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan CIMB masih mengalami gangguan sementara setakat pagi ini untuk transaksi CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri.

Masalah itu disahkan pengurusan bank berkenaan menerusi Platform X, dengan memaklumkan pihaknya sedang berusaha mengatasi perkara terbabit secepat mungkin.

“Kami (CIMB) masih mengalami gangguan sementara bagi perkhidmatan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.

Difahamkan, semalam sistem dalam talian bank itu mengalami gangguan perkhidmatan dan sudah dipulihkan, sebelum ia berulang beberapa jam kemudian hingga kini.

Gangguan itu menyebabkan rata-rata meminta pihak bank segera menyelesaikan masalah terbabit bagi melancarkan transaksi dan urusan mereka.

Tambahan, ketika ini mereka sedang melakukan persiapan Aidilfiri yang memerlukan pembayaran dan perkhidmatan dilakukan secara dalam talian dilakukan. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related