Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
E-dompet TnG kenakan caj pertukaran 1% bagi transaksi luar negara mulai 25 April ini | Scoop

E-dompet TnG kenakan caj pertukaran 1% bagi transaksi luar negara mulai 25 April ini

Caj baharu itu akan ditambah kepada kadar pertukaran harian mata wang mengikut destinasi

8:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan memperkenalkan caj pertukaran sebanyak 1% untuk sebarang transaksi luar negara melalui aplikasi e-dompetnya, Touch n Go eWallet (TNG eWallet) bermula 25 April ini.

“Jumlah yang anda bayar dari tarikh berkuat kuasa adalah termasuk caj ini,” katanya pada halaman soalan lazim (FAQ) yang sudah dikemas kini di laman sesawang

TNG memaklumkan caj baharu itu akan ditambah kepada kadar pertukaran harian mata wang mengikut destinasi.

Umum mengetahui, orang ramai boleh menggunakan Touch n Go eWallet di kebanyakan negara, hasil integrasi dan kerjasama dengan AliPay+.

Pengguna hanya perlu melakukan imbasan kod QR dan boleh membuat pembayaran kepada jutaan peruncit di luar negara, sekaligus memudahkan urusan transaksi ketika melancong. – 8 April 2024

Topics

 

Hangat

Related